Followers

AMALAN - AMALAN SUNNAH RASULULLAH

Berdo'a lah untuk diri & yang lain

BERIKU 55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis.Lihat bukan muhrim sekali saja Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari.Tiada khusyuk.

2. MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan.Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan.Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan Hajarul Aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat".

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan,keluar kaki kiri.Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri.Masuk tandas kaki kiri,keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi SAW makan kurma dengan 3 jari iaitu jari ibu,telunjuk dan tengah.Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah,orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting,mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia,iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan,disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi),satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih.Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri,pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas.Sepertiga makanan,sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta,orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat,ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri.Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah.Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian,jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali.

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah.Jika anda waras dan sempurna akal,dimanakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan.Bila rasa hendak menguap,tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut.Lebih afdal dengan jambang sekali.Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap/membelakang Kiblat ketika buang air kecil/besar. Dibolehkan bila dalam bangunan,itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan,muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum.Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZUHUR
Tidur sebentar sebelum Zuhur kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu/Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin.Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal,minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim.Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas,syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan.Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZUHUR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor.Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan.Jika suka,makanlah,jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu,jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam.Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas.Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol,hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15hb Hijrah),solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH

Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.


Mudahan bermanfaat...!!!


Hati-Hati Membicarakan Orang Lain | KEBURUKAN

HATI-HATI MEMBICARAKAN ORANG LAIN.

RASULULLAH salallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda (dalam hadis riwayat Imam muslim, seraya bertanya kepada para sahabat), Tahukah kalian wahai para sahabatku, siapakah orang yang paling bangkrut?

Para sahabat langsung merespon dan menjawab, "Orang yang bangkrut di tengah-tengah kami orang yang tidak memiliki dirham dan perhiasan. Orang yang tidak punya harta, hartanya habis karena sebuah kegagalan dalam bisnis misalnya."

Lalu nabi salallahu 'alaihi wasallam meluruskan pemahaman tersebut apabila dikaitkan dengan agama. Nabi kita salallahu 'alaihi wa sallam mengatakan:

"Orang yang bangkrut dari umatku yaitu orang yang datang pada hari kiamat nanti, membawa pahala salat, pahala puasa, pahala zakat. Dan pada saat yang bersamaan ia datang di hari tersebut dengan membawa dosa telah mencela seseorang, telah menuduh seseorang tanpa bukti, telah mengambil harta orang dengan cara yang haram, telah menumpahkan darah seseorang, dan telah memukul dan menyakiti seseorang. Lalu Allah Ta'ala mengambil pahalanya untuk Allah berikan kepada korban-korbannya."

  1. Ia punya pahala salat ia berikan kepada orang yang ia gibahi di dunia. 
  2. Pahala puasanya Allah berikan kepada orang yang ia fitnah di dunia. Pahala zakatnya Allah berikan kepada orang yang hartanya diambil olehnya. Korban-korban kezalimannya mendapatkan pahala darinya.
  3. Lalu nabi melanjutkan sabda tersebut dan apabila pahalanya sudah habis, 
  4. Namun korban-korban kedzolimannya itu masih ada, masih banyak apa yang terjadi berikutnya, lalu dosa-dosa korban tersebut dilimpahkan oleh Allah pada dirinya, 
  5. Sehingga dia penuh dengan dosa dan kehabisan pahala.
  6. Dan pada akhirnya dilemparkan di dalam api neraka. Naudzbillah min dzalik.

Inilah hadis yang dipahami oleh para ulama dan bukan hanya dipahami namun mereka meletakkan di dalam sanubari mereka dan mereka bumikan di dalam kehidupan mereka. Mereka tidak marah ketika dighibahi, mereka tidak marah ketika difitnah, bahkan mereka bersyukur kepada Allah.


Kenapa demikian?

Karena mereka faham dan mereka yakin setiap gunjingan, setiap fitnahan itu sama saja mentransfer pahala untuk diri mereka. Mereka mendapatkan pahala orang tersebut, tanpa bersusah payah.

Mereka akan mendapatkan pahala puasa. Pahala zakat, pahala sedekah tanpa harus beramal dengan diri mereka sendiri dan kalau pemfitnah atau penggibah tersebut tidak memiliki pahala.

Maka kita sebagai korban mereka akan mentransfer dosa-dosa kita kepada pengunjing, penggibah dan pemfitnah tersebut.

Jika kita benar-benar paham hakikat dan fakta ini. Apakah masih ada alasan untuk marah? Apakah masih ada alasan untuk kecewa? Apakah masih ada alasan untuk meluapkan emosi bahkan mengumpat atau bahkan berusaha mengubah skor menjadi satu sama?

Renungkanlah. Resapilah. Agar kita benar-benar faham masalah ini dan terakhir bagi para penggibah, para pemfitnah, bertaubatlah kepada Allah subhanahu wa taala. Kenapa anda memfitnah seseorang? Karena anda benci dia, kira-kira mau tidak anda memberikan uang anda kepada orang yang anda benci. Tentu saja jawabanya tidak.

Kalau anda tidak mau memberikan uang anda kepada orang yang anda benci. Kenapa anda dengan mudahnya memberikan pahala anda kepada orang yang anda benci, 

kenapa anda dengan mudahnya memberikan ganjaran-ganjaran dari amal ibadah anda kepada orang yang anda benci. Dan mengapa anda mempertaruhkan sehingga orang tersebut memberikan dosa dia kepada kita. Allahu Akbar.


Renungkanlah. Mulai sekarang cegahlah diri kita agar tidak menggibah orang dan memfitnah orang. Dan apabila kita sudah terlanjur beristighfarlah dan bertaubatlah kepada Allahu azza wa jalla.

Semoga bermanfaat.

Silakan Share Tulisan ini.


Akibat Terus Menerus | MEMBACA AL-QUR'AN


Ilustrasi sedang membaca Al-Qur'an


AKIBAT MEMBACA AL-QUR'AN TERUS MENERUS

Seiring perkembangan zaman, tehnologi informasi : internet, media massa dan lainnya, sampai lupa pada media pengangan yang kuat dan terakui kwalitasnya serta menjadi pedoman kehiodupan.

Berkata Abdul Malik bin Umair: 
"Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua[ awet muda dan tidak pelupa  adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

"Manusia yang Paling Jernih Akalnya adalah para pembaca Al-Quran".

Berkata Al-imam Qurtubi :
"Barang siapa yang membaca Al-Quran,  maka Allah akan menjadikan Ingatannya Segar meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.

"Perbanyaklah membaca Al-Quran jangan pernah kau Tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan dlMudahkan Setara dengan yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah :

"Bahawasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama'an untuk membaca Al-Quran,  maka oleh kerana itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia".

Berkata Abu Zanad :
"Di tengah malam,  aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu Rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membaca Al-Quran".

Berkata sebagian ahli tafsir :
"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-Quran maka kita akan Dibanjiri oleh sejuta Keberkahan dan Kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada Allah agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca Al-Quran dan mengamalkan kandungannya". 

Bila Kita Cinta pada Al-Quran maka bacakanlah. semasa masih kuasa diberikan oleh Allah, sekian banyak orang-orang yang ingin membaca Al-Quran, akan tetapi waktunya sudah terlambat akan kecahayaan Matanya yang semakin tua semakin menurun penglihatanya.

Maka dari itu perbanyaklah membacanya, jika teman ada kuasa kouta data silahkan bagikan tulisan ini semoga bermanfaat, ingat pahala akan mengalir pada anda jua dan saling mengigat.

"JADIKAN ALQURAN TEMAN DI DUNIA DAN  PENOLONG DI AKHERAT"

Ingat Orang yang bahagia adalah Orang yang nafasnya berhenti, tapi kebaikannya terus mengalir.



CARA Posting FILE WORD, EXCEL, POWERPOINT, Pada BLOGGER | Blogspot






Cara Posting File (Word, Excel, Powerpoint, Pdf)

Langkah 1 : 

Upload file ke google docs:
1. Silahkan login ke https://drive.google.com/ dengan account gmail anda.
2. Klik tab BARU
3. Klik tombol UPLOAD
4. Masukan file yang ingin anda upload (word, excel, power point).
5. Klik tombol Upload File yang ada di sebelah bawahnya.
6. Jika sudah terupload, anda bisa mengeditnya jika mau  yaitu dengan mengeklik dokumen yang telah terupload.
8. Kemudian Klik pada file pilih Bagikan
9. Maka muncul menu share setting
10. Copy link to share ke notepad atau text editor lainnya
11. Kemudian klik Selesai

Langkah 2 :

15. keselanjutnya Yang kita butuhkan bukanlah semua kode yang sudah kita copy sebelumnya (perhatikan kode yang disalin tadi pada google drive tadi)

https://drive.google.com/file/d/1Dyq-ob0MNiyxma1UniniXQ8-A0gvCYQW/view?usp=sharing

maka yang kita copy cukup kode 1Dyq-ob0MNiyxma1UniniXQ8-A0gvCYQW

16. Terakhir, paste kode di bawah ini pada postingan blog anda (Entri baru > HTML)  dengan mengganti “Paste Disini” dengan kode yang sudah kita dapat sebelumnya, (untuk ukuran bisa disesuaikan sendiri)

<iframe src="https://docs.google.com/viewer?srcid=Paste Disini&pid=explorer&chrome=false&embedded=true" width="500" height="700"></iframe>

17. Selesai. silahkan klik pratinjau


Berikut Video Panduannya :
https://youtu.be/Oo9rX0STuYg